Pages

Counter Attack: Beri Peluang PAS sejahterakan rakyat

Bahagian Counter Attack ini akan mengulas artikel-artikel yang ditulis dalam lidah rasmi pembangkang dan akan cuba menyampaikan aspirasi rakyat mengenainya. Nama pun Counter Attack = Serangan Balas. Jadinya, mari kita dengar suara aspirasi rakyat mengenainya.
KEPALA BATAS, 31 Julai: Umno disaran supaya memberikan peluang kepada PAS untuk memimpin negara bagi memberi kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat negara ini.
Demikian dinyatakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Husam Musa semasa menyampaikan ceramah anjuran Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar PAS Pulau Pinang dan Kelab Amanah Rakan Industri Bersatu (KARIB) di Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, semalam.
Dengan pelbagai masalah wang rakyat yang disalahgunakan serta kerugian yang dialami oleh pelbagai agensi milik kerajaan adalah wajar bagi PAS menjadi peneraju bagi menggantikan Umno untuk membela nasib rakyat.
"Dibawah pemerintahan Umno dan BN isu yang melibatkan kerugian banyak belaku. Antara Pos Malaysia, Sime Darby, Felda dan begitu juga dalam isu PKFZ. Ia adalah suatu perkara yang memalukan kerana ketidakcekapan urus selia oleh kerajaan yang berkuasa kini.
"Sekiranya mereka diberi peluang untuk terus menerajui negara maka adalah dikhuatiri wang rakyat akan terus hilang," kata Husam yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan.
Katanya, Umno dan BN sekarang sudah berada dalam keadaan sakit disemua peringkat dalam banyak aspek yang menyentuh pentadbiran mereka.
Oleh kerana itu, adalah lebih baik mereka menyatupadukan sesama mereka terlebih dahulu terutama di kalangan pimpinan dan ahli Umno sendiri.
"Di Terengganu sendiri kita lihat bagaimana puak Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan puak Datuk Seri Idris Jusoh tidak sehaluan. Perpecahan dalam Umno bukan saja di sini. Seluruh peringkat dan pelusuk,"katanya.
Bagi beliau, dalam isu penyatuan orang Melayu, formula penyatuan harus betul.
"PAS mahukan Islam untuk menyatukan semua kaum dan bangsa yang ada dalam negara ini. Dengan Islam kita dapat menyatukan orang Melayu, Cina dan India. Dengan Islam juga kita dapat menyatukan semua puak dan mereka yang bermasalah.
"Justeru itu sekiranya penyatuan dilakukan atas dasar Islam maka ia akan dapat memanfaatkan semua golongan masyarakat. Tetapi sekiranya dibuat atas nama suku dan bangsa, ia belum pasti boleh mendatangkan manfaat kecuali ia berpaksikan kepada agama Islam,"tambahnya lagi.
Manakala Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar setuju agar Islam dijadikan asas untuk menyatukan kesemua kumpulan masyarakat termasuk Umno dan PAS.
"Sekiranya Umno sanggup untuk meletakkan Islam itu diatas dalam dasar perjuangan mereka, saya yakin ia adalah satu tindakan yang mampu untuk diberi komitmen kerana ia memperjuangkan semua golongan tanpa menjadikan assabiyah itu sebagai satu kemestian
"Namun begitu sekiranya bangsa dijadikan dasar dan asas dalam perjuangan, Islam itu belum pasti akan dapat dinobatkan. Oleh kerana itu maka PAS berkeyakinan hanya Islam saja yang mampu untuk dimartabatkan untuk semua kaum dan manusia yang ada dibumi ini," katanya.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff, Timbalan Pesuruhjaya PAS II Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan kepimpinan PR tempatan.
Ulasan Counter Attack:
Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Islam, 1 Malaysia, 1 Umno.
Apa sebenarnya yang PAS hendak dalam hal ini? Mereka masih lagi menyalahkan Umno dalam segala bidang. Nampaknya mereka tidak sedar yang mana mereka masih lagi dipermainkan oleh rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rebah ini. Mari kita lihat dan dengar komen-komen tentang apa yang di sampaikan di atas.
Husam Musa dalam ceramahnya menyatakan bahawa Umno dan BN gagal mentadbir dalam urusan syarikat berkaitan kerajaan. dia memberikan contoh tentang apa yang berlaku pada syarikat Pos Malaysia, Felda,Sime Darby dan lain-lain. Namun, adakah mereka lupa ketika mereka menguasai Perak, syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak (PKNP), Cherry Blossom Sdn. Bhd dan Star Career Sdn. Bhd. mengalami kerugian hampir RM300 juta? Mereka juga lupa Anak syarikat kerajaan Negeri Kedah, Kedah Corporation Sdn Bhd dan MAS Incorporated (PNG) Limited mengalami kerugian RM4-10 juta setiap tahun, hanya selepas 2 tahun mengambil alih Kedah? Dan mereka lupa juga mengenai kemana perginya wang kerajaan Selangor yang di tinggalkan kerajaan BN sebanyak RM1.3 billion, dan Menteri Besar Khalid Ibrahim berkata Selangor kekurangan dana sehinggakan wang zakat Majlis Agama Islam Selangor hendak digunakan untuk tujuan pengurusan kerajaan negeri Selangor? Itu belum ambil kira apa yang terjadi dengan kes Bazar Tok Guru di Kelantan dibawah tadbir Koperasi Al-Hilal Berhad (KOHILAL) yang rugi RM45 juta sejak penubuhan nya? Dan antara yang terbaru, kerugian syarikat KSSB, anak syarikat kerajaan Selangor yang terlibat dalam kes jual pasir tu mengalami kerugian RM10 juta akibat bagi bonus dan jual pasir.  
Beginikah cara mereka tadbir ekonomi negeri? Bak kata orang tua-tua, nak buat kerja besar, kena belajar buat kerja kecik dulu. Tapi kalau dah kerja kecik pun tak boleh buat dengan baik, malah makin teruk pulak tu, ni kan pula nak tadbir ekonomi negara. Ya Allah, minta dijauhi lah.
Mereka dalam rencana di atas, juga mempertikaikan matlamat perjuangan bangsa Umno kerana ianya tidak dibuat berdasarkan Islam. Dia siap memperlekeh kan prinsip PAS berkenaan sambil disokong oleh ADUN dari DAP. Mari kita lihat, ketika mereka berkuasa di Perak apa yang diperkatakan oleh Nizar dalam sidang DUN 2008.Tak percaya,boleh klik link di bawah ni.
Nah, sekarang, kita dapat lihat siapa yang sebenarnya menggadaikan perjuangan. Benarlah kata Pendita Zaaba ketika hendak menama kan parti Umno atau nama melayunya, "Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu". Jika tidak ditambah kebangsaan itu, maka Umno lebih cenderung ke arah perjuangan Bangsa melayu sahaja. Tapi jika ditambah perkataan 'Kebangsaan' maka apa yang menjadi aspirasi parti iaitu memperjuangkan Islam dan Melayu akan dikekalkan sebagai perjuangan seluruh rakyat negara Tanah Melayu (kini Malaysia).
Sepertimana PAS yan berkata mereka menegak kan agama Islam dalam perjuangan, Umno juga bergitu. Dalam perlembagaan UMNO Fasal 3.3, 'Menegak, Mempertahan, dan Mengembangkan Islam, agama Rasmi negara dan menghormati prinsip kebangsaan beragama'. Namun dalam perlembagaan PAS tidak dinyatakan pendirian mereka untuk membina negara Islam, malah dalam perlembagaan PAS hanya menyebut dasar PAS adalah Islam (Fasal 3), memperjuang kewujudan masyarakat dan pemerintahan berdasarkan nilai-nilai hidup Islam hukum-hukumnya (Fasal 5.1) dan mempertahankan kesucian Islam (Fasal 5.2).
Jika dilihat, mereka hanya mahu mewujudkan masyarakat dan pemerintahan berdasarkan prinsip Islam, dan mempertahankan Islam sahaja. Namun, tidak dinyatakan mereka peranan mereka dalam mengembangkan agama Islam. setakat memerintah tapi takde usaha nak kembangan agama, tak kan ada generasi untuk memperjuangkan nya kemudian hari. Silap-silap agama lain pun boleh take over. Inikah perjuangan PAS selama ini?
Dalam parti-parti komponen, semua bersetuju yang mana Malaysia adalah sebuah negara Islam. Dan mereka percaya kredibiliti UMNO sebagai teras parti membawa Malaysia dengan prinsip Islam. Namun,adakah rakan- parti dalam Pakatan juga bersetuju dengan PAS? Pasti nya tidak! kita sedia maklum, DAP terang-terang menolak prinsip perjuangan PAS manakala Keadilan pula lebih kepada berdiam diri. Jadinye, adakah PAS masih lagi mahu berkawan dengan DAP dan Keadilan?  Bak kata orang tua-tua, sebelum mengata orang, cermin dulu diri sendiri. Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak. Begitulah PAS sekarang.
~Renung-renungkan dan selamat beramal~ Wasalam.