Pages

Antara Islam, Parti dan Maruah

Assalamualaikum w.b.t...Salam 1 Malaysia, Salam 1 UMNO..

Ini lah posting pertama dari admin dalam blog yang baru saja dicipta ini. Blog ini diwujudkan untuk memberi info terkini mengenai politik di kawasan Kampung Pt Hj Abd Salam.

Admin masih baru dalam hal ini, tetapi akan sentiasa menyelitkan beberapa pendapat dan aspirasi akar umbi dalam menjayakan peranan pemuda Umno dalam unit media massa ini.

Kita lihat senario politik semasa terutama sekali antara Umno dan Pas. Macam-macam telah diperkatakan. Isu perpaduan melayu dan Islam amat hangat diperkatakan. Namun, suara akar umbi dari pihak Umno dan Pas sebenarnya amat menyokong perpaduan dikalangan 2 parti terbesar melayu di Malaysia ini. (Tidak ambil kira Keadilan-pasal parti ni parti liberal yang dianggotai orang-orang melayu yang tak sadar diri). Kita di pihak Umno telah meghulurkan tangan untuk kita bersama-sama menyampaikan aspirasi muslim melayu, namu ianya ditolak oleh kepimpinan Pas terutama sekali Dato Seri Nik Aziz Nik Mat.

Siapakah Nik Aziz untuk bersuara menentang agenda ini? memetik dari kata beliau ketika dilantik semula sebagai Mursyidul Am Pas pada tahun 2009. "Ambo ni dipilih secara syura'. Ambo memang tok si. tapi doh dipilih. Ambo terima dengan redha".

Sekarang ni, jika kita buat undi secara syura dikalangan orang Pas, pastinya mereka setuju Umno dan Pas bekerjasama dalam hal ini. Namun Nik Aziz menentang sekeras-kerasnya. Kalau dah majoriti kata mahu bekerjasama, kenapa pula Nik Aziz menetang nya pula? Kemana hilangnya suara Presiden Pas, Dato Seri Abdul Hadi Awang? sepatutnya Hadi Awang perlu lebih bersuara. Nampak gaya Nik Aziz lawan tokey ni. Mana ada 2 nakhoda dalam kapal dalam 1 masa. Alamatnya, kapal akan karam. Itu yang admin dapat lihat situasi Pas sekarang.

Cukup buat ketika ini. Admin akan usahakan lagi untuk menambah posting-posting dari semasa ke semasa.
~Renung-renungkan dan Selamat Beramal~ Wasalam

Permulaan Kata

Terima kasih kerana melawat blog Rasmi Pemuda UMNO Cawangan Parit Hj Abd Salam